43 BADAN SUKAN SERTAI KLINIK MYKB DAN PROGRAM LIBAT URUS ANJURAN MSN SELANGOR

KUALA LUMPUR, 23 November 2021 – Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) telah menganjurkan Klinik MyKB dan Program Libat Urus Badan Sukan Selangor yang melibatkan seramai 125 orang mewakili 43 badan sukan negeri di bawah MSN Selangor.

Program tersebut telah diadakan selama dua hari di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor bermula pada 21 November (Sabtu) lalu. Penganjuran program ini oleh MSN Selangor adalah bertujuan untuk berkongsi dan membantu memperkemas serta meningkatkan kualiti pengurusan persatuan sukan yang bergabung dengannya.

Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof, Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah menyampaikan taklimat bertajuk “Perspektif Pesuruhjaya Sukan: Tadbir Urus Badan Sukan Masa Kini”. Majlis Penutupan Klinik MyKB dan Program Libat Urus Badan Sukan Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Tuan Mohamad Nizam bin Marjugi, Pengarah Eksekutif MSN Selangor.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Sumber Gambar: Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Leave a Reply