HOKI PIALA DUNIA REMAJA : MALAYSIA BERMULA DENGAN LANGKAH KANAN

KUALA LUMPUR, 25 November 2021 – Berita baik buat skuad hoki lelaki remaja kebangsaan yang memulakan kempen Piala Dunia Remaja 2021 dengan kejayaan menumpaskan Chile 2-1. 

Malaysia yang diletakkan dalam Pool A meraih kemenangan menerusi jaringan oleh Muhammad Kumarulzaman Kamaruddin dan Syarman Mat Tee.

Kedua-dua jaringan tersebut dihasilkan oleh pukulan sudut penalti pada minit ke-34 dan ke-43.

Bagi pasukan lawan, mereka mendapat jaringan saguhati di penghujung perlawanan menerusi Sebastian Wolansky pada minit ke-59 juga melalui pukulan sudut penalti.

Bukan itu sahaja, pemain negara, Amirul Azahar juga telah terpilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan pada malam itu.

Malaysia bakal bertemu Belgium untuk perlawanan seterusnya yang dijadualkan bermula pada jam 10 malam waktu Malaysia pada 26 November (Jumaat) ini.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Malaysian Hockey Confederation Facebook

Sumber Gambar: Malaysian Hockey Confederation Facebook

Leave a Reply