Impact Integrated

Mengenai Impact Integrated

“Impact Integrated is a strategic catalyst agency under the Ministry of Youth and Sports, for innovative youth and sports initiatives.”

Impact Integrated adalah sebuah agensi pemangkin strategik untuk inisiatif-inisiatif yang berteraskan belia dan sukan di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Terdapat enam (6) buah entiti di bawah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) ini iaitu: Impact Malaysia, sebuah inisiatif pembangunan belia dan inovasi sosial; Rakita, sebuah jenama ‘infotainment media’ pelbagai saluran berteraskan belia; Spacerubix, sebuah hab inspirasi lengkap dengan kompleks sukan dan ruang acara di Puchong; Picksum, sebuah inisiatif pembangunan usahawan belia; Esports Integrated, sebuah inisiatif untuk memangkin ekosistem Esukan yang rancak, mapan, dan inklusif di tanah air kita ini; dan mySukan TV, sebuah platform media sukan berteraskan sukan akar umbi tempatan.