LE TOUR DE LANGKAWI BAKAL DIANJURKAN TAHUN HADAPAN

KUALA LUMPUR, 25 November 2021 – Selepas edisi tahun ini dibatalkan, jelajah berbasikal berprestij Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) bakal kembali pada 2022.

Perkara tersebut disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, selepas syarikat penganjur, Human Voyage (M) Sdn Bhd telah bersiap sedia untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

Tarikh kejohanan tersebut masih belum ditetapkan secara rasmi, namun menurut Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab, UCI memberikan pilihan untuk menganjurkan kejohanan itu pada bulan Januari dan Mac sahaja.

Untuk makluman semua, LTdL merupakan kejohanan jelajah berbasikal tahunan yang dianjurkan sejak tahun 1996 namun penganjurannya pada tahun ini terpaksa dibatalkan ekoran beberapa kekangan disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Bernama

Sumber Gambar: Le Tour de Langkawi Facebook

Leave a Reply