MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-10 ISN (ISN10)

BUKIT JALIL, 25 November 2021 – Agensi sukan berprestasi tinggi negara, Institut Sukan Negara (ISN) telah mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 (ISN10) pada pagi tadi yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan. ISN10 merupakan simbolik kepada peranan penting ISN di dalam kemajuan sukan negara dan tekad warga ISN bagi meneruskan legasi kecemerlangan di dekad mendatang. Bagi memeriahkan dekad yang penuh bermakna ini, pelbagai aktiviti dan inisiatif baharu telah diperkenalkan sepanjang tahun 2021.

Di antara intipati utama majlis adalah Pelancaran Centre of Excellence (COE) iaitu pertukaran dokumen persefahaman dan menjalin kerjasama dengan pelbagai universiti awam tempatan, pusat pengajian tinggi dan syarikat swasta dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan berlandaskan 4 inisiatif utama iaitu: Sports Technology R&D Program; Sports Technology Accelerator LAB (STAL); Sports Technology R&D Commercialization; dan Sports Product Quality Enhancement Program.

Berperanan dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian atlet negara, inisiatif ini merupakan satu permulaan kepada masa depan teknologi dan inovasi sukan negara yang bakal melonjakkan nama Malaysia.

Sebagai kesinambungan dalam pengenalpastian dan pembangunan bakat-bakat baru untuk diasah bagi menjadi pelapis-pelapis atlet elit, ISN telah membuat penambahbaikan terhadap program MyTID KPM-KBS yang bertujuan untuk mengenal pasti bakat yang berpotensi dalam kalangan murid-murid sekolah. Fokus utama program ini adalah untuk memperluaskan tapak penyertaan bakat-bakat (TalentPool) seawal usia tujuh tahun yang berpotensi di peringkat akar umbi.

Turut dilancarkan pada majlis yang sama adalah ISN Performance Center (PPSN 2.0) iaitu pusat pemulihan berkonsepkan sports science evidence-based approach yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan sains sukan bertaraf antarabangsa kepada kumpulan sasaran yang memerlukan. Inisiatif ke-3 ini dilihat mampu merancakkan industri sukan negara dan memberi nilai tambah bagi sumber pendapatan ISN dalam jangka masa panjang.

Inisiatif ke-4 adalah Pelancaran Integrated High Performance Recovery Centre yang berfungsi dalam pemulihan kecederaan dan mengoptimumkan prestasi atlet prestasi tinggi sebelum dan selepas sesi latihan/pertandingan. Perkhidmatan yang berkonsepkan saintifik dan sistematik ini turut dibuka kepada orang ramai serta membuka peluang kepada para penyelidik/pengamal sains dan perubatan sukan untuk menjalankan kajian yang berimpak tinggi dalam peningkatan prestasi sukan negara. 

Sebagai usaha untuk memantapkan lagi fungsinya dalam arena sukan negara, ISN turut memperkenalkan Anak-Anak Syarikat yang ditubuhkan untuk menjana pendapatan dan peluang perniagaan iaitu AFA (Athletes for Athletes), Genomas Sdn Bhd Malaysia, ATF Sports Sdn Bhd, Data Sukan Consulting Sdn Bhd, ISNOne – pengeluar makanan ready to eat, SDTC (National Sports Digital Transformation Centre Sdn Bhd).

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: mySukan TV

Sumber Gambar: mySukan TV

Leave a Reply