mySukan Team

Priscilla Patrick

Timbalan Presiden

Setelah menjadi ‘Suara Trafik’ selama 24 tahun, Priscilla Patrick juga menceburi haluan berbeza.. ’Grassroots Sports’. Beliau kini juga memimpin pasukan mySukan TV dalam menjadi portal dalam talian khusus untuk mengadakan siaran langsung sukan akar umbi dengan tip harian yang dikongsi oleh atlet sendiri dan persatuan sukan melalui segmen Kesihatan, Gaya Hidup dan Sukan.

“Sukan adalah hobi sihat yang sesuai untuk semua orang. mySukan TV dengan bangga memperjuangkan Sukan Akar Umbi dan bakal membawa sukan lebih dekat dengan penonton seiring teknologi terkini. Walaupun dunia harus menyesuaikan diri dengan perubahan global dalam situasi pandemik ini, sukan tetap menjadi penghubung utama demi melahirkan atlet untuk masa depan”.

Kamarul Akhir

Penerbitan Produksi

Kamarul Akhir atau lebih dikenali sebagai KA berpengalaman luas dalam bidang fotografi berita dan sukan sejak tahun 1995. Pelatih Institut Kemahiran Belia Negara Peretak jurusan Fotografi tahun 1994. Mulakan kareer di akhbar the Sun, Agence France Presse (AFP) dan Xinhua News Agency cawangan Kuala Lumpur. KA yang merupakan pengasas All Sports Images And News Agency (ASIANA) pada tahun 2013 telah membuat banyak liputan acara sukan tempatan dan antarabangsa.

Rafidah Sabihim

Penerbitan Produksi

Mempunyai pengalaman menguruskan arkib gambar sukan bola sepak peringkat ASIA dari tahun 1956 hingga 2017 & mengurus arkib gambar digital ASIANA sejak tahun 2014, sekaligus mendidik diri untuk melihat sesuatu pandangan dari pelbagai sudut perspektif yang berbeza. Suka melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif. Seorang yang gemar kepada sejarah sukan kerana ianya adalah permulaan sukan masa hadapan.

Haziq Rohaizad

Kandungan Media

Berpengalaman hampir 3 tahun sebagai penyampai trafik & berita di RAKITA 107.9, kini Ziq Rohaizad menceburi bidang yang tidak asing baginya memandangkan minatnya yang cukup mendalam terhadap sukan. Peminat Manchester United & JDT ini bertindak sebagai “Content Creator” dan menjadi tulang belakang dalam menghasilkan berita, kandungan dan idea menarik untuk disajikan kepada pengikut mySukan TV.

Lavinesh A/L Vimalanathan

Kandungan Media

Sentiasa dahagakan pengembaraan, sama ada di hutan untuk meneroka alam semula jadi atau mencari mana-mana warung Nasi Lemak baru yang sedap , Lavinesh berusaha untuk menikmati kehidupan sepenuhnya. Berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam perhubungan awam di sektor korporat dan kewartawanan untuk segmen hiburan & gaya hidup. Dua perkara yang boleh menceriakan Lavi – peluang untuk berada di luar rumah, dan bertemu orang baru!