MYSUKAN TV

MENGENAI mySukan TV

Rata-rata media di Malaysia menyajikan rakyat dengan informasi berkaitan sukan popular sahaja, walhal sebenarnya terdapat banyak lagi jenis sukan yang tidak mendapat liputan mahupun sokongan daripada pihak media.

Bagi merapatkan jurang ini, kami akan memperluas akses informasi kepada semua jenis sukan tanah air dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa, menerusi liputan penyiaran perlawanan sukan secara langsung serta penyampaian berita.

mySukan TV adalah inisiatif oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mewujudkan sebuah saluran media sukan yang inklusif, khusus untuk memartabatkan sukan di peringkat akar umbi dan sukan-sukan lain yang sebelum ini kurang mendapat perhatian dan liputan media massa.

mySukan TV adalah salah sebuah unit di bawah kumpulan syarikat Impact Integrated, iaitu sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) di bawah kawal selia KBS.

Apakah yang kami tawarkan?

Siaran Langsung

mySukan TV adalah platform pertama di Malaysia yang membawakan siaran langsung pertandingan sukan di peringkat akar umbi.

Berita Sukan

Pelbagai berita sukan tempatan yang berteraskan sukan akar umbi disampaikan dalam bentuk artikel atau video.

Video

Penerbitan kandungan digital berteraskan sukan tempatan untuk memberi kesedaran, membincangkan topik, menyampaikan tips dan tutorial sukan, serta banyak lagi!