NIZAM JAMIL DILANTIK PERKUATKAN BARISAN KEJURULATIHAN SELANGOR

KUALA LUMPUR, 24 November 2021 – Selepas mengumumkan perlantikan Michael Feichtenbeiner serta Karsten Neitzel selaku ketua dan penolong jurulatih Selangor bagi musim 2022, skuad Red Giants mengumumkan pelantikan seorang lagi individu ke dalam barisan kejurulatihannya.

Menerusi satu makluman rasmi kelab semalam, Selangor mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani bekas ketua jurulatih Felda United merangkap bekas pemainnya, Nidzam Jamil sebagai seorang lagi penolong ketua jurulatih pasukan tersebut.

Untuk makluman semua, Nidzam melakukan penampilan sulung bersama Selangor pada 26 Mac 2000 menentang Kuala Lumpur. Beliau sempat beraksi bersama Selangor selama empat tahun sebelum berpindah ke Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sebagai tambahan, Nidzam memulakan karier kejurulatihannya bersama SPA FC bermula tahun 2010 sebelum mengembangkannya ke pasukan AirAsia FC, pasukan bola sepak universiti negara dan akhir sekali, Felda United sebagai penolong dan ketua jurulatih.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Selangorfc.com

Sumber Gambar: Selangorfc.com

Leave a Reply