PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA ANJURKAN MAJLIS IBR BAGI BADAN SUKAN KEBANGSAAN

KUALA LUMPUR, 25 November 2021 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah menganjurkan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Badan Sukan Kebangsaan 2021 di Stadium Juara, Bukit Kiara pada pagi tadi. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan.

Inisiatif Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh SPRM merupakan langkah proaktif dalam mencegah dan melahirkan individu yang lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah. 

Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Badan Sukan Kebangsaan ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para pemimpin organisasi dan individu yang terlibat dalam badan sukan secara sukarela dan suci hati tanpa mana-mana desakan daripada pihak lain. Ini bersesuaian dengan salah satu teras Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) iaitu mempertingkatkan profesionalisme ekosistem sukan negara dengan tumpuan kepada integriti yang tinggi dan tadbir urus yang cekap.

YB Menteri Belia dan Sukan berharap inisiatif ini dapat membina persekitaran sukan bebas rasuah dalam dunia sukan yang serba mencabar pada dekad ini dan juga sebagai usaha untuk membanteras dan membersihkan amalan rasuah serta guna kuasa dalam sesebuah organisasi badan sukan.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: mySukan TV

Sumber Gambar: mySukan TV

Leave a Reply