PIALA DUNIA REMAJA : ANAK BUAH  WALLACE TAN MULAKAN CABARAN BERDEPAN CHILE

KUALA LUMPUR, 24 November 2021 – Hari ini jam 7.30 malam waktu Malaysia, skuad hoki  remaja kebangsaan akan turun beraksi dalam perlawanan sulung Kumpulan A saingan hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2021 berdepan Chile di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.

Anak buah Wallace Tan tampak berkobar-kobar dan teruja untuk memulakan kempen ini biarpun mereka tewas 1-5 kepada Belanda dalam aksi pemanas badan terakhir di sana. 

Pemain tengah negara, Pavandip Singh Gurdip Singh, dalam kenyataannya menerusi entri dalam laman Facebook Malaysian Hockey Confederation (MHC) berkata, “Kami mahu memberikan persembahan terbaik dan berharap dapat meraih kemenangan untuk mengharumkan nama Malaysia,”.

Skuad negara akan turun berdepan Belgium bagi perlawanan kedua yang dijadualkan pada Jumaat ini, jam 10 malam waktu Malaysia manakala aksi terakhir bertemu Afrika Selatan akan berlangsung pada Sabtu, jam 5 petang waktu Malaysia.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Malaysian Hockey Confederation

Sumber Gambar: Malaysian Hockey Confederation

Leave a Reply