SKUASY TERBUKA MALAYSIA : AIFA MARA KE PUSINGAN KEDUA

KUALA LUMPUR, 24 November 2021 – Pemain skuasy muda negara, Aifa Azman mencipta kejutan apabila berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukti Jalil, semalam.

Pemain berusia 19 tahun itu mendominasi perlawanan sejak awal sekaligus menewaskan pemain ranking ke-47 dunia, Mayar Hany dari Mesir 11-8, 11-3, 11-5 dalam aksi pusingan pertama.

Sementara itu, pemain wanita nombor dua negara, Rachel Arnold turut mara menewaskan pemain dari Hong Kong, Tsz Wing 11-2, 5-11, 11-9, 11-5. Beliau akan berdepan dengan Donna Lobban dari Australia di pusingan kedua.

Namun nasib tidak menyebelahi Chan Yiwen dan Ooi Kah Yan apabila terkandas di pusingan pertama selepas tewas di tangan lawan masing-masing.

Bagi kategori lelaki pula, Syafiq tewas 7-11, 11-6, 9-11, 11-3 kepada pemain Sepanyol, Bernat Jaume manakala Addeen pula terkandas 9-11, 9-11, 11-6, 4-11 ditangan Yip Tsz Fung dari Hong Kong.

Nasib yang sama bagi Darren apabila tewas 11-9, 3-11, 5-11, 2-11 ditangan pemain ranking ke-41 dunia, Ramit Tandon dari India.

Pemain lelaki nombor dua negara, Ivan Yuen mara ke pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara, Ong Sai Hung, 7-11, 11-5, 11-8, 11-3 dan akan berdepan dengan pemain nombor satu negara, Ng Eain Yow.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Squash Racquets Association of Malaysia Facebook

Sumber Gambar: Aifa Azman Instagram

Leave a Reply