TIKAT PERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2021 BAKAL DIJUAL SABTU INI

KUALA LUMPUR, 23 November 2021 – Jualan tiket bagi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 yang dijadual berlangsung pada 30 November 2021 (Selasa) depan bakal bermula pada 27 November 2021 (Sabtu) ini dari jam 12 tengah hari di platform www.tickethotline.com. 

Menurut kenyataan rasmi dari pihak Malaysian Football League (MFL), senarai harga tiket akan mengikut empat tier bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan Premium General Admission berharga RM70 serta Premium Grandstand berharga RM150. Senarai harga tiket ini adalah sama seperti harga tiket pada 2019.

Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL berkata, “Buat masa ini, sejumlah 20,000 tiket akan dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi MFL telah mengemukakan permohonan kepada MKN agar jumlah itu dapat ditambah.”

“Selain itu, MFL juga telah memohon untuk penonton dibenarkan makan dan minum di dalam stadium dan kami berharap permohonan itu akan mendapat pertimbangan sebaiknya daripada pihak MKN,” tambah beliau.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Malaysian Football League

Sumber Gambar: Malaysian Football League

Leave a Reply